Friday, February 18, 2011

Adoi.... sakit nye kepala ku...

Lately ni mama kerap pulak sakit kepala... bila dah sakit kepala ni mula mood hilang... nak angin jer... sian anak2 kadang2 kena marah tak pasal2... sowi sayang... mama perlu segera pulihkan mood ni... pasal nanti makin tunggang langgang hari mama dibuatnya...


Semua orang sure penah sakit kepala, laki ke pompuan, budak kecik or orang dewasa. tapi tak bley la amik ringan sakit kepala pasal tanpa disedari penyakit ini boleh mendedahkan seseorang kepada kematian. wah!! seram gitu...
Migrain, sakit kepala paling kerap orang kena. Antara simptom migrain ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut, muntah-muntah dan pitam. tapi migrain tidak mendedahkan seseorang kepada maut kerana keadaan yang dialami masih mampu dirawat dengan sempurna dan boleh dielakkan. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain di kalangan mereka2 ni tapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebabnya. Meh mama list kan few :

Punca2 sakit kepala:

Ketegangan
Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah sendiri terdedah kepada sakit kepala jenis ini. (mama tergolong dalam ni tak ek?... hihihi pikir2 la sendiri :D)
Pengambilan ubat-ubatan

Mengambil ubat tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan monosodium glutamate atau MSG, kafein dan alkohol boleh menyebabkan sakit kepala.
(slalu kalau makan kat kedai kalau laju je rasa sodap semacam... sure2 balik umah mama poning giler... banyak ajinomoto la tu kan...)
Penyakit Metabolik
Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati boleh menyebabkan sakit kepala.
(time peknen dulu memang mama slalu kurang darah... ke skang pun darah mama kurang ek? kena cek doktor la camni)
Kecederaan kepala
Kecederaan kepala disebabkan kemalangan atau kecederaan yang serius boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak. Pesakit perlu menjalani skan otak untuk rawatan lanjutan.
(minta di jauhkan...amiiinn)
Inflamasi salur darah di kepala dan otak
Keadaan seumpama ini terdedah kepada wanita berusia 50 tahun ke atas. Sakit kepala yang dialami boleh menyebabkan mereka menjadi buta, muntah-muntah dan strok. Jika dikesan awal, mereka akan diberi ubat-ubatan steroid.
(lagi la mama risau... tapi mama muda lagi kan... heheheh)
Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium
Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis iaitu selaput otak berkuman dan ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan demam. Antara simptom yang dialami ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik.
(pun minta dijauhkan... amiinnn)

Camne nak kurangkan sakit kepala plak :

-Berehat seketika dengan berbaring. (bestnyer baring2 ni....)
-Baring di atas katil dan pejamkan mata untuk tempoh kira-kira setengah jam


-Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.

-Berehat dalam sebuah bilik yang gelap atau samar-samar kerana keadaan yang terang benderang boleh menambahkan ksakitan pada kepala.


-Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala kemudian lekapkan tuala pada mata untuk beberapa ketika.

-Jika keadaan sejuk tidak mredakan, cuba gunakan air suam. Ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam kemudian lekapkan tuala pada mata selama kira-kira setengah jam.

-Fikirkan perkara positif kerana sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan perasaan dan gangguan.

So nampaknya mama kena rehat sket arrr... stress sket kot... keje kat umah, kat opis lagi... nak pindah umah nak pindah opis... semua dalam masa yang serentak... mahu pusing kepalanya dong... hahhahah

1 comment:

  1. For those of you who are purchasing Faucets,we realize that this is one of the most important purchasing decisions you will make. You have made the best choice in choosing one of our Bathroom Sink Faucets,Kitchen Faucets or Shower Faucets, as they are constructed of the highest grade materials to ensure that your new Faucets lasts forever. You can be confident in your purchase as each item comes with a no hassle 30 day return privilege.

    ReplyDelete