Friday, February 25, 2011

Macaron soooo suwet

Arini mama nak stori masal macaron... some people sebut macaroon some kata macaron... sebenarnya its different thing kalau google kat intenet... tapi yang pasti macaron ni asalnya sejenis manisan dari perancis... wah! dari perancis kau... Macaron dibuat dari badam hancur, gula caster n putih telur... ada filing tengah2 dia... rupa cam burger kecik gitu... kalau those yang belum penah rasa, macaron ni agak manis tu pasal la dia pun dipanggil manisan kan.... macaron bila digigit crispy tang shell dia and a bit chewy or spongy kat dalam dia... dengan filing dia yg ada macam2 flavor...memang delicious tau... sooo yummy and sooo sweet!!


mama dah boleh buat macaron ni rasa hepi sangat pasal proses buatnya memang la agak rumit sikit... tapi bila dah jadi ngan kaler2 yg cantik... make the macaron soooo suwet... tu pasal la rasanya pun sangat la suwetnya...  tapi bila mama bagi pada my brother n SIL yang dah penah rasa yg origin kat paris - laduree pun kata macaron mama sedap... tu yang terangkat tu rasanya... cuma katanya yg original tu lagi manis... 


Now mama nak carik packaging yg cumil2 utk weding cik Atih nanti untuk isi macaron dia... ikut theme kaler weding dia tekois n pink... wah! lagi la suwet kaler macaron mama nanti... Ni la rupa macaron mama buat last weken... testing kaler tekois/teal utk macaron cik atih kang... kalau nengok pic ni ada yg teringin nak rasa tak? hihihihi (sila abaikan jariku yang huduh itu :D )



very the colorful... 



Ni je yang tinggal... yg lain licin... :D




Now, sapa yg agak terliur or nak rasa or nak kawen n rasa2 nak oder ukt gift, mama bley buatkan do email mama okey mama_alifsarah@yahoo.com ... but kena tgk jadual mama gak la... maklumlah.... working mommy la katakan... :D

Thursday, February 24, 2011

Raikan Cinta : Rinie & Ayien

Wah tajuk... rasa tetiba teringat zaman berchenta dulu plak... tapi still berchenta jugak skang tau... and still counting... ekceli entry ni mama buat untuk raikan cinta kazen mama... cik puan rinie.. dah jadik puan skang ek... aritu mama ada buat entri pasal dok sibuk dok buatkan bunga dulang si pengantin baru ni... so today nak reveal la since dah lepas hari bahagia depa ni on 11022011... wah! santek rupanya date nikah depa ni  rupanya... mama doakan moga kalian bahagia ke akhir hayat... bila baca love stori depa mama harap they will cherish each other forever... ni bukan zaman cinta2 dulu dok nak break2 bagai tau... be happy together forever n ever after... InsyaAllah..

Saat terakhir b4 jadi isteri orang... still ngan aksi kesengalan nya... be good wife tau rinie..


Now dah selamat di ijabkabul dengan 2 kali lafaz... penangan kenebesan n kepanasan :D


Berseri2 muka pengantin baru ni kan... terkenang plak masa mama 7 yrs back... time ni rasa dah lega sangat... kira dah lepas perkara yg wajib dah... :D


Tak banyak pic hantaran yg mama snap masa majlis nikah ni pasai on the same time mama nak dok kelek anak dara comey mama sorang sofea tu... sofea dok follow mama masa dok prepare hantaran rinie nie... seb baik cik win free bley tolong jagakan sofea... sofea pun behave jer.. gud girl baby mama nie... pastu nak dijadikan cerita.... dah takdir masa majlis ni berlansung blackout la plak.. sian the groom jadi nebes semacam... nebes depan tok kadi.. takde akon plak tu... takpe, ada hikmah tu semua... alhamdullillah everithing berjalan lancar...enjoi the piccas :D

Deretan hasil keras tangan mama... mama sukeee sangat ngan kaler tema pinky kesilveran ini :))



 Kasut yang agak besar saiznya... size does matter? hahahaha

Cookies yang comey lagi lazatt.. yummy!
 Fondant cake with fresh flower... kira first time buat with deco fresh flower atas kek ni... seb baik menjadi and not spoil the fondant :D

 Bunga rampai pewangi majlis...

Gajet untuk sang suami... pasni incik ayien la ladi OP rinie seumur idup... nak blajar tak?

Antara barangan wajib...

Penyedap rasa.... my sweet cuppycakes... sangat teruja ngan kaler dia... sowi rinie tak jadik buat cupcakes with fresh stroberi... CNY punya pasai so tak jumpa stoberi disetiap pelusuk shah alam ni :(


Close up sikit... hasil tangan mama ngan cik awin nie... last minit tukar plan buat fondant cupcakes :D

Suka the color combination... and the 2 red love yg cumil itu... skang dah ready nak amik tempahan banyak2 since dah nak dapat oven baru...hoyeiiii... maceh papa cayang busyuk mama... luv ya!! to those yang kenan nak oder kek or hantaran pun bley contact mama 012-3017161 or email to mama_alifsarah@yahoo.com


Last but not least... the sireh junjung...pelengkap adat :D

Tak lupa juga... last minit hand bouquet utk majlis nikah... seb baik ada bunga lebih... mama love the roses & pink estoma... so suwet :D

and more will come kat entri pasal hari sanding plak... hasil tangan papa plak tembak gambar masa tu...

Friday, February 18, 2011

Adoi.... sakit nye kepala ku...

Lately ni mama kerap pulak sakit kepala... bila dah sakit kepala ni mula mood hilang... nak angin jer... sian anak2 kadang2 kena marah tak pasal2... sowi sayang... mama perlu segera pulihkan mood ni... pasal nanti makin tunggang langgang hari mama dibuatnya...


Semua orang sure penah sakit kepala, laki ke pompuan, budak kecik or orang dewasa. tapi tak bley la amik ringan sakit kepala pasal tanpa disedari penyakit ini boleh mendedahkan seseorang kepada kematian. wah!! seram gitu...
Migrain, sakit kepala paling kerap orang kena. Antara simptom migrain ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut, muntah-muntah dan pitam. tapi migrain tidak mendedahkan seseorang kepada maut kerana keadaan yang dialami masih mampu dirawat dengan sempurna dan boleh dielakkan. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain di kalangan mereka2 ni tapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebabnya. Meh mama list kan few :

Punca2 sakit kepala:

Ketegangan
Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah sendiri terdedah kepada sakit kepala jenis ini. (mama tergolong dalam ni tak ek?... hihihi pikir2 la sendiri :D)
Pengambilan ubat-ubatan

Mengambil ubat tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan monosodium glutamate atau MSG, kafein dan alkohol boleh menyebabkan sakit kepala.
(slalu kalau makan kat kedai kalau laju je rasa sodap semacam... sure2 balik umah mama poning giler... banyak ajinomoto la tu kan...)
Penyakit Metabolik
Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati boleh menyebabkan sakit kepala.
(time peknen dulu memang mama slalu kurang darah... ke skang pun darah mama kurang ek? kena cek doktor la camni)
Kecederaan kepala
Kecederaan kepala disebabkan kemalangan atau kecederaan yang serius boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak. Pesakit perlu menjalani skan otak untuk rawatan lanjutan.
(minta di jauhkan...amiiinn)
Inflamasi salur darah di kepala dan otak
Keadaan seumpama ini terdedah kepada wanita berusia 50 tahun ke atas. Sakit kepala yang dialami boleh menyebabkan mereka menjadi buta, muntah-muntah dan strok. Jika dikesan awal, mereka akan diberi ubat-ubatan steroid.
(lagi la mama risau... tapi mama muda lagi kan... heheheh)
Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium
Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis iaitu selaput otak berkuman dan ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan demam. Antara simptom yang dialami ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik.
(pun minta dijauhkan... amiinnn)

Camne nak kurangkan sakit kepala plak :

-Berehat seketika dengan berbaring. (bestnyer baring2 ni....)
-Baring di atas katil dan pejamkan mata untuk tempoh kira-kira setengah jam


-Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.

-Berehat dalam sebuah bilik yang gelap atau samar-samar kerana keadaan yang terang benderang boleh menambahkan ksakitan pada kepala.


-Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala kemudian lekapkan tuala pada mata untuk beberapa ketika.

-Jika keadaan sejuk tidak mredakan, cuba gunakan air suam. Ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam kemudian lekapkan tuala pada mata selama kira-kira setengah jam.

-Fikirkan perkara positif kerana sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan perasaan dan gangguan.

So nampaknya mama kena rehat sket arrr... stress sket kot... keje kat umah, kat opis lagi... nak pindah umah nak pindah opis... semua dalam masa yang serentak... mahu pusing kepalanya dong... hahhahah

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Hari cuti datang lagi. kali ni sempena sambutan menyambut hari keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Every year umat Islam kat Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Tahun ni papa tak ketinggalan join perarakan kat stadium malawati ... tapi mama n anak2 takleh join :( pasal takde extra hand nak tgkkn askar2 mama ni... so kita sambut kat rumah jer..

Mama google few info untuk tatapan readers pasal kelahiran nabi Muhammad SAW... Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.

Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.

Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.

Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

Jadi, marilah kita bersalawat sempana hari yang mulia ini..


Lain2 info bley baca kat sini


Salam Maulidur Rasul & selamat bercuti bersama keluarga :D

Tuesday, February 8, 2011

yahooo... dapat hadiah dari miss moon untuk cik mon

Amboi... panjangnyer tajuk entri... bukan apa... pasal teruja dapat hadiah dari miss moon... aritu mama saja cuba2 anta email kat miss moon kot2 la berjaya dapatkan hadiah print gambor... almaklumlah... selalu mama ni amik gambo pastu peram... boleh kira ngan jari berapa keping sangat yang mama print... so mama cuba dan mama MENANGGGGG....

yang tertera tu kat ujung pic tu lah miss moon... ingat dolu2 kengkawan sekolah panggil mama moon or cik mon... hihihi


Paling kuat pun gambor sarah ni mama buat header blog jer aritu... tak sangka moon suka ngan pic ni :D... wah!! berbunga2 hati mama... macam dapat hadiah rumah plak...hihihi

Suka baca blog miss moon ni pasal banyak info (tak macam blog mama yg tak seberapa ni) paling suka info pasal fotografy la kan... besides mama banyak dapat info lain cam kedai lampu murah kat puchong yg miss moon penah buat dulu... amat berguna info tu untuk mama yg dalam proses masuk umah baru ni yang hanya out source barang yang value for money... :p

sekalik lagi... thanks moon... nak anta address kat moon pasni and tunggu hadiah untuk digantung kat bilik baru sarah... mama sukeee :D



Sapa nak hire Photographer?

Wah! sapakah fotografer itu? baguskah dia? cantikkah gambo dia? hahahha... macam bagus je bunyinye kan... sebenarnya mama saja buat entri ni khas untuk papa... pasal papa la fotografer itu...  hihihi... papa ada bakat terperam tau... kalau ada sapa2 nak hire papa bley la contact mama... wah! mama yg perasan bagus :D

Since Cik zana buat entri pasal OP untuk weding dia, so mama nak tempek gak kat blog mama ni siapakah OP seumur hidup mama... sapa lagi kalau bukan papa... tapi disebabkan Cik zana punya weding kang papa sibuk nak rewang layan tetamu, kena lah dia cari OP dia sendiri :p

Mari kita saksikan hasil tangan papa menembak gambo pengantin... :)























Amacam? ada skill tak papa jadik weding photographer? yang pasti he is my OP for the rest of my life :D

Ujung minggu ni pun ada weding nak dihadiri... weding cik rinie... tak tau lah papa nak capture tak time tu pasal takut mama tak cukup tangan nak pegang sume 'handbag' sowang2...hahaha!

with lurve,

Monday, February 7, 2011

Cuti2 main pasir...

Cuti raya cina yang panjang aritu anak2 mama sibuk main pasir... tapi bukanlah pasir kat pantai mana2 pun... main pasir kat umah tok wan jer... kat umah tok wan masih meneruskan aktiviti simen menyimin bagi persiapan sambut menantu bulan mei kang... daripada simen kat garaj sampailah ke simen kat backyard umah tok wan... so sempena cuti panjang ni la tok wan nak kerah semua anak cucu dan menantu turun padang gotong royong... peluang ni memang tak dilepaskan oleh anak2 mama... baik anak bujang mahupun anak dara mama yang sorang tu...

Bangun pagi layan games dulu... masing2 muka kelat je lagik...

Papa take five... ponek bancuh simen tu...

Menung jauh nampak incik abang...

Anak dara mama wajib posing2 dulu... pantang tol suruh gambor... ada je gaya dia... mama sukeeee... :D

Dah start dok atas pasir... seb baik kat umah takde pasir... so mama bagi can la kan... mandi harus disentak ngan dettol :p


Suka gambar ni... sarah under pokok mata kucing... tapi pokok ni dah takde lagik... petang dah kena tebang... pasal dah menghalang laluan masuk ke umah tok wan... since nak kenduri ni... jalan harus clear :D
 Dia dah start korek tanah n pasir...

 Angkut jangan tak angkut tin tu...

 Tin peneman main sarah... sorang2 pun jadik

Cucu tok wan paling rajin... Aniq si tukang bawak wheelbarrow kosong kehulur hilir... siap pakai glove lagi tu...

Sofea pun nak jugak keluar amik angin... ni esok dah dapat kaki memang tak terkepung lari pusing2 umah tok wan...
 They have great time together :D belajar main korek pasir...

Orang kuat yang dah terkehel tangan...sapalagi...Pakcik Kus la... hihihi

Masing2 gotong rayong mengembling tenaga... wah! ayat gitu...

Anak Bujang yang gagah perkasa... awat la slim sgt anak mama ni... susah nak suh makan...so picky :p

Bakal menantu pun turut serta ya... :D

Abang Haziq dah penat jugak... peace mak lang...

 Dua kazen yang paling seronok main pasir... pose kejap...

Macam nak tergolek mama nengok... yang penting alif hepi...

Till Then..
Luv from