Wednesday, March 30, 2011

9 bulan

Setelah 9 bulan dalam tummy mama, sofea pun lahir dengan senang sekali (senang ker... teran tak hengat jugak tau )... Now, sudah 9 bulan juga sofea menyerikan hidup mama, papa, along and kakak sarah... Few milestones sofea di usia 9 bulan :

- Dah pandai merajuk or even mengamuk kalau mama taknak dukung dia
- New vocab : BIRD sambil tangan tunjuk ke atas carik bird :P
- pandai sebut PAPA tapi tak pandai panggil MAMA lagik :(
- Dah pandai nengok Barney & Friends : pasal mama slalu paksa nengok bila mama sibuk nak buat kerja. Sian adik..
- and dah pandai lambai tangan... 

Moga anak mama membesar dengan sihat2 selalu... no more batuk2... sian adik kerap batuk... mama need do something... tukar nursery maybe? entahlah... adik senang sangat kena selsema... sebulan 2 ni pengasuh dah tukar so adik slalu selsema... susah hati mama... seb baik teacher liza jaga adik ngan baik... Be a good doter n next month maybe adik dah buat first step kot... :D

So today mama nak letak pic banyak sket... dari adik fea umur sehari sampai 9 bulan... Cepat sungguh masa berlalu...



















lurve anak2 mama semua...



Wednesday, March 23, 2011

Wordless Wednesday

mama will always lurve u kiddos :)



- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, March 18, 2011

Ilmu Mendidik Anak Cemerlang

Kali ni mama nak share tips dalam mendidik anak cemerlang... sementara anak2 mama masih kecil, banyak yang mama perlu belajar dlm mendidik supaya kelak anak2 mama jadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat ... insyaAllah..
Buah hati pengarang jantung hati mama & papa
Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.Menurut Datuk Dr. Haji Mohd fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.


Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap pertama:
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap kedua:
Anak berumur 7 tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga:
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat:
Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah pesanan dan arahan.
Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik.
Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :

• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik

2. Kaedah Bercerita.
Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah Soal jawab.
Bersoal jawab dengan anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.
Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah merujuk pengalaman lalu.
Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah nasihat dan teguran.
Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.
Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah bermain dan bergurau.
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah latihan yang berterusan.
Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a. Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b. Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Selepas baca, bolehlah beramal. Nak dapatkan lagi tips anak cemerlang kat sini ye...


We're Getting Maried Soooon...

Entry ni untuk Cik Zana @ Atih tau... dia yang nak kawen sooon... i'm married and anak 3 sudah okey... hahahah... awal bulan aritu papa and mama ada shoot outdoor portraiture utk atih and dia punya chenta hati incik Ijal... at first mereka agak sengal2 ubi... and incik Ijal jugak manyak suka kelip mata... kalau nengok pic derang lepas sorang, sorang pejam mata... adoi... sok kawen jgn asek blink2 je mata tu... kang tak santek gambor kawen... hihiiihi... Mama upload sikit je ek... pasal nak tunjuk kat tuan punya badan... dah tunggu agaknya nak nengok aksi kesengalan derang tu...

Save the date ~ 28 May 2011
Kenyit yang disengajakan... yg tak sengaja pun banyak... hihihi
Aksi kuch kuch hota hai :P
Lurve Forever
Aksi sengal... star jump :D
Getting Married Sooonnn... :)

Fun @ Starship Galatica OU

Dah selalu pegi OU pun tak penah nak singgah sini... tapi aritu kita ke sana semata2 nak ke tempat ni Starship Galatica.. nak bagi alif and sarah main lari2 jap... main indoor ni taklah kena panas or ujan... lately ni pun slalu hujan belah petang... so solution bawak ke sini... dah namanya pun budak.. asal suruh main memang la suka kan... Fee per entry RM20 and no time limit... main la  sampai puas but mesti pakai socks kalau nak masuk... tak ada stoking beli kat sini pun ada... Ada gak parents yang tinggal anak main kat sini then depa gi soping... :P
Lepas penat main turun minum.. naik main lagi... turun makan plak... naik main lagik... Kena pujuk baru nak stop main... tu pun kata nak gi MPH beli buku, baru nak keluar... :)

Happy faces yang bikin mama gumbira...

 Pakai stoking pun nak pose jugak...

 hensem boy yang makin kurang camera friendly lately ni...so seyes..

haaa.... manis sikit senyum :P

Jarang nak dapat capture pic sama2... so suka gambar ini...

As usual... peace uollss!!

Dah seronok sangat sampai baring guling2... verangan ke anakanda oi??

Papa yang penat layan anak2... take 5 jap...

Dah tak suka kena snap muka dia... suka buat mulut senget dia tu...

Mama kat stay kat bawah kat parents area jer teman adik sofea... geram je nengok abang kakak dia naik turun... nanti adik dah jalan kita datang sini lagi yer... bagi can kat adik plak :D

Tuesday, March 15, 2011

EOG creative composition clinic

Alhamdulillah, akhirnya dapat gak mama attend klinik ngan zubye dari EOG photography nie.. last year punya la semangat nak join... tapi last2 minit tak dapat dtg pasal demam.. time tu preggy sofea... lepas setahun baru lah bley join tapi tu pun nak dapat tempat punya lah susah... kena bid tau.. hahahaha.. bukan apa, zubye cuma amik 10 orang je uk satu sesi... mama gi ngan am yg sama2 semangat dan berkobar2 nak blajar dari zubye...

Thanks to papa n cik awin pasal tolong jagakan anak2... mula2 berat hati gak nak pegi pasal adik sofea baru baik demam... seb baik mood dia dah ok cuma batuk je tak baik2 lagik... pagi tu siapkan bekpes macaroni goreng n food utk adik sofea, prepare apa yang patut then mintak papa anta mama kat giant coz auntie Am tunggu kat situ... tu pun siap patah balik umah pasal tetinggal lens bagai... adoi.. kelam kabut mama dibuatnye... seb baik sampai kat taman tugu negara tu ada lagi yang lambat dr kitorang :D

Kat klinik ni mama blaja how to compose gambar yang baik... after zubye bagi all the tips, kitorang kena buat latihan praktikal ngan model2 cilik erin & amalina... amboi.. bukan main sporting lagi depa ni.. cukup baik bekerjasama... agak2 model2 mama kat umah tu nak tak pose camtu... kakak sarah maybe nak cuma alif a bit susah pasal skang alif tak camera friendly sket... hihihi maybe next mama kena join Art & Psychology in children fotografi plak kot... :D

Ni antara pic yg mama dapat snap... ok tak? pasni koleksi gambar anak2 mama lagik cun la kan :D

Erin in action... mula model ni susah nak senyum tapi tetap pose baik punya... tahu je mommy2 sume nak capture gambo dia...


Yang ni plak namanya Amalina... so suwet... pun pandai pose and mama geramz nengok mata dia... santek sangat kan ...

Yang ni plak adik pada amalina, Gia nama panggilan dia... so cheeky and dia pun sibuk nak inteprem sama... mama pun apalaga... snap cepat2 gambor dia..


Pokok ni tempat jatuh lagi dikenang... bukan apa, cuma kitorang sume nak try dapatkan framing camana cekgu zubye ajar... hihihii... walaupun derang ni first time jumpa tapi cepat berkawan... budak2 kan... cepat mesra :D


Amalina got same birthdate ngan alif... turning 4 yrs old 6 april nanti... berani sungguh dia communicate ngan orang...


Erin plak baru 7 yrs old tapi pandai pose depan kamera... :) ala2 model gitu.. attitude !!

Tak senyum pun nampak comel erin ni...


Ni la mommy2 yg semangat nak blajar compose gambar yang baik dan cantik untuk anak2 masing... till meet again... pic hasil ehsan dari cikgu zubye :D btw, mama nampak gomuk la... ke pasai dok kat sebelah auntie am yang selim melim tu kot :D... nak tahu camne dia selim melim nanti mama story kat entri lain :P


So those yang nak join klinik ni bley la nengok kat page facebook EOG photography... this coming May ada lagi insyaAllah... Pas ni mama nak compose pic cantik2 plak.. :D