Showing posts with label home sweet home. Show all posts
Showing posts with label home sweet home. Show all posts

Friday, August 14, 2009

Home Make Over

Tahun ni tahun rajin mama ngan papa. We plan to tukar warna dinding kat ruang tamu.. Warna hijau lumut jadi taruhan.. Wonder kaler tu sesuai ke tak agaknyer ek? Sebelum menjelang bulan Ramadhan yang mulia ni, rasanya weken ni je masa yang sesuai nak mulakan projek mengecat ni. Cat dah beli lama dah, kelengkapan lain pun dah ready cuma masa yang sesuai je belum dapat lagi.. Kerja2 membersihkan kertas border kat dinding dah dibuat last weken tapi masih tak selesai2 lagi.. susah plak nak ilangkan glue dia. Nasibla anak bujang mama rajin n excited nak tolong.. Ni la gaya Alif dok sibuk bersihkan dinding malam2 hari.. tak padan ngan rendahnyer...siap panjat bangku kecik semata2 nak tolong papa dia..

Lagipun Alif pun beria-ia sangat nak mengecat. Bilik tido dia pun dia request nak dicat baru... warna pilihan dia : warna oren! Wah ceria la bilik dia.. mana la agaknyer Alif dapat idea nak kaler oren tu.. Kalau tak de aral, weken ni hope semua berjalan lancar.. lagipun takde plan nak g mana2 weken ni due to H1N1 punye pasal la.. Aktiviti mengecat la nampaknyer.. Our home make over will start tomorrow! camne la rupa rumah kita nanti ek? wait n see :)