Friday, March 11, 2011

Nak pakai baju raya

Asal nampak baju kurung sure kata nak pakai baju raya.. ni mesti kes baju kurung slalu pakai time raya je kan.. jenuh bgtau tu namanya baju kurung bukan baju raya :D
Disebabkan unifom kindy baru dapat sepasang, sarah nak ke kindy berbaju raya arini.. lengkap ngan tudung pink feveret dia....
ni la muka budak yg buat mama ngan papa jenuh nak siapkan pagi2 pasal dia suka tukar baju last minit pasal tak kenan ngan baju apa yg mama or papa sediakan pagi2... seb baik tawon ni dah start ada uniform so tak dapat la anak dara ni nak melawa pilih outfit sendiri..


Alif plak cam biasa... masih liat bangun pagi macamana liatnya dia nak disuruh tido setiap malam.. jenuh cik awin layan main UNO malam tadi gara2 nak umpan suh tido awal.. kalau tak sure ada je menda dia nak buat sambil layan mata... next year no more tido lambat sayang.. kang mahu lambat ke sekolah plak...
Alif dah susah kalau mama nak suh amik gambar... ni skang suka buat muka cenggini.. adoi... geram sama ini budak yg sudah makin pandai membaca :)



No comments:

Post a Comment