Tuesday, July 5, 2011

Its fun to be ONE


janji tinggal janji kan mama ni.. konon nak rajin updet tapi hampeh... mama skang tgh blajar manage masa coz now mama keje agak jauh... konsider jauh la pasal kena lalu highway and ada tol okey.. dulu kira dalam kawasan jer.. :)

nak stori pasal adik ada buat acara potong kek kecik2 kat umah nenek ngan kembar lain hari adik, sapa lagi kalau bukan baby amyra.. we all beza 10 jam jer.. kalau mama cepat sket meneran sure sama birthdate .. tapi sedey coz papa not around.. last minit kena terbang... huhuhu so ada rezeki next year kita potong kek sama ye papa :)

banyak updet status kat fb jer so kat blog slalu tertinggal.. adik dah setahun skang.. tapi sedih pasal adik demam seminggu lepas adik gebap setahun sob... sob... nak pandai jalan kot kan... so enjoi dulu pic yg guna kamera henpon mama ni pasal cik lynn lupa charge bateri kamera grrrrrr.....
Nanti lenkali mama stori lagi pasal milestobes adik yg dah genap setahun skang ni...

Fun to be ONE!!

kek eskrem lagi... kaler pink gitu.. gugurl kan...



banyak2 shot ni je yg rasa ok pasal budak2 sume dah tak tahan nak potong kek... patut nak potong kek malam tapi adik fea dah tido awal... lalok makan ubat punya pasal... so the next day tinggal nak potong kek jer... mlm smlm dah makan besar :D


mak2 yg sibuk nak gombor ni.. :D



baby amyra dah ada 6 batang gigi...



Adik fea baru nak tumbuh gigi sebatang dua... tapi adik dah rajin bertatih... adik nak pandai jalan dulu... muka still cam tak bermaya...





mother of 3 kiddos yg sgt aktif dan bijak... seb baik all 3 behave dlm keta masa mama drive balik kampung...


its fun to be one... papa, mama, along and kakak love sofea soooo much!!

Thursday, June 23, 2011

Finally

Akhirnya... setelah hampir berbulan blog ni sunyi sepi... hari ni mama akan kembali berbelog... banyak perkara terjadi dalam past few months ni... yang suka, yang duka, yang gumbira, yang derita huhuhuhu... InsyaAllah mama will apdet stori2 itu semua... better too late then never kan... esok2 boleh kenang apa yang dah terjadi dalam idup mama dan keluarga... Dalam bulan2 yang lepas juga mama dah melalui bebarapa fasa dalam hidup mama... anak2 membesar... dikurniakan rezeki dari Allah... dan tak terlepas juga dugaan dari Allah untuk mama... tapi yang pasti itu semua sudah menjadi asam garam dalam hidup... insyaAllah hidup kita akan lebih bermakna... jangan sesekali kita rasa sedih dengan dugaan kerana pastinya akan ada sinar kegembiraan menunggu kita... Biarlah apa orang sekeliling kata dan pandangan mereka, bukan mudah nak gembirakan dan puaskan semua orang.. tapi kita perlu terus menjadi yg terbaik utuk diri kita dan keluarga... Manusia pastinya pernah buat kesilapan dalam hidup dan apa yang baik jadikan tauladan yg buruk jadikn sempadan... Syukur to Allah atas segala nikmat yang diberi... thanks to dearest hubby dan anak2 yang menjadi sumber kekuatan mama... wah! ayat gitu... apa yang pasti blog ni akan kembali... yang penting kita enjoyyy!!!

Tak lengkap tanpa gambar kan... Sumber inspirasi dan kekuatan mama. sayang banget sama kamu!!


Wednesday, March 30, 2011

9 bulan

Setelah 9 bulan dalam tummy mama, sofea pun lahir dengan senang sekali (senang ker... teran tak hengat jugak tau )... Now, sudah 9 bulan juga sofea menyerikan hidup mama, papa, along and kakak sarah... Few milestones sofea di usia 9 bulan :

- Dah pandai merajuk or even mengamuk kalau mama taknak dukung dia
- New vocab : BIRD sambil tangan tunjuk ke atas carik bird :P
- pandai sebut PAPA tapi tak pandai panggil MAMA lagik :(
- Dah pandai nengok Barney & Friends : pasal mama slalu paksa nengok bila mama sibuk nak buat kerja. Sian adik..
- and dah pandai lambai tangan... 

Moga anak mama membesar dengan sihat2 selalu... no more batuk2... sian adik kerap batuk... mama need do something... tukar nursery maybe? entahlah... adik senang sangat kena selsema... sebulan 2 ni pengasuh dah tukar so adik slalu selsema... susah hati mama... seb baik teacher liza jaga adik ngan baik... Be a good doter n next month maybe adik dah buat first step kot... :D

So today mama nak letak pic banyak sket... dari adik fea umur sehari sampai 9 bulan... Cepat sungguh masa berlalu...



















lurve anak2 mama semua...



Wednesday, March 23, 2011

Wordless Wednesday

mama will always lurve u kiddos :)



- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, March 18, 2011

Ilmu Mendidik Anak Cemerlang

Kali ni mama nak share tips dalam mendidik anak cemerlang... sementara anak2 mama masih kecil, banyak yang mama perlu belajar dlm mendidik supaya kelak anak2 mama jadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat ... insyaAllah..
Buah hati pengarang jantung hati mama & papa
Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.Menurut Datuk Dr. Haji Mohd fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.


Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap pertama:
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap kedua:
Anak berumur 7 tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga:
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat:
Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah pesanan dan arahan.
Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik.
Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :

• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik

2. Kaedah Bercerita.
Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah Soal jawab.
Bersoal jawab dengan anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.
Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah merujuk pengalaman lalu.
Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah nasihat dan teguran.
Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.
Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah bermain dan bergurau.
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah latihan yang berterusan.
Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a. Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b. Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Selepas baca, bolehlah beramal. Nak dapatkan lagi tips anak cemerlang kat sini ye...